Tutorial – Bagaimana Untuk Memuat Turun Sarikata?

Ramai yang bertanya bagaimana nak muat turun (download) sarikata atau movie dalam blog malaysubs. Di sini admin akan buat tutorial bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia download ni. Sebelum memulakan proses muat turun movie, sila muat turun dan install perisian Internet Download Manager (IDM) untuk memaksimumkan kelajuan download sehingga tiga kali ganda. Dapatkannya di sini.
Mula-mula sekali, pilih movie yang anda inginkan. Ada dua cara.
- Cara pertama, Browse pada page depan malaysubs.
- Cara kedua, taipkan nama movie dalam kotak carian (search box) pada penjuru atas sebelah kanan blog.

- Cara ketiga, gunakan index movie.

Sebagai contoh, kita memilih untuk memuat turun sarikata filem Harry Potter and the Goblet of Fire (2005). Terdapat dua pilihan sama ada anda hendak memuat turun filem yang disertakan sarikata Melayu, atau hendak memuat turun sarikatanya sahaja. Sekiranya anda hendak memuat turun filem yang disertakan sarikata Melayu, caranya adalah seperti berikut:

Anda perlu klik semua Part seperti dalam gambar. Jika ada 5 Part, anda perlu download kesemua 5 Part tersebut. Sila klik satu persatu link tersebut dengan berselang masa lebih kurang 5 saat. Kesemua link tersebut akan dibuka di halaman baru. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman berikut:
Perhatikan di penjuru atas sebelah kanan. Sudah terang lagi bersuluh, maka anda perlulah menunggu selama 5 saat. Seterusnya, hasil kesabaran anda menunggu, maka akan muncullah butang seperti berikut:
Klik pada “SKIP AD”. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman embedupload. Sila pilih filehosting yang anda suka. Kebiasaannya mediafire akan dipilih kerana faktor resumable dan juga kebolehan menggunakan perisian download accelerator seperti IDM untuk meningkatkan kelajuan download.
Klik pada butang “Download Now”. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman mediafire. Tunggu sehingga perkataan “Download (190.73MB)” muncul seperti gambar di bawah.
Ok. Seterusnya kita akan gunakan perisian IDM untuk proses muat turun.
Sekiranya tiada pilihan “Download with IDM” dipaparkan, berkemungkinan anda belum memasang perisian IDM. Sebagai alternatif, anda boleh klik pada “Save Link As” atau “Save link content as” atau maksud yang hampir sama dengannya. Seterusnya, ulangi langah yang sama sehingga semua Part selesai dimuat turun. ANDA PERLU MELETAKKAN SEMUA PART YANG TELAH DIMUAT TURUN DI DALAM SATU FOLDER.
Kemudian, anda perlu mempunyai perisian Winrar untuk extract dan cantumkan movie tersebut. Sila download perisian Winrar di sini dan install dahulu ke PC anda. Seterusnya kita akan cantumkan movie yang telah dimuat turun.

Pastikan anda klik kanan pada file “HRRPTTRADTHGBLTOFRE05_malaysubs.com.part1.rar”. Seterusnya klik pada “Extract Here”. Winrar akan memaparkan ruangan untuk dimasukkan password seperti gambar di bawah:
Masukkan password malaysubs.com kemudian tekan OK. Selesai extract, file movie akan diletakkan ke dalam folder yang sama secara automatik.

Siap! Selamat menonton movie yang baru anda download ![]()





terima kasih