Tutorial – Link Mediafire Kena Delete???

Sejak Megaupload kena ambush, pihak mediafire giat menjalankan proses memadam file-file movie yang dimuat naik ke server mereka. Jadi bagaimana kalau link yang dimuat naik oleh malaysubs ke mediafire dipadam dengan tragisnya? Itulah sebabnya mengapa malaysubs memuat naik movie ke banyak file hosting (mirroring).

Malangnya file hosting yang lain seperti hotfile, fileserve, wupload dan lain-lain ini memerlukan pengguna menjadi premium user sekiranya inginkan kelajuan yang tinggi ketika memuat turun. Nak jadi premium user pula bukannya percuma. Dah la kena bayar streamyx/broadband yang mahal, nak tambah lagi dengan akaun premium? Rasanya hanya segelintir pengguna sahaja yang sanggup.

Oleh itu, ada pihak yang membeli akaun premium ini, seterusnya berkongsi pula dengan pengguna lain. Maknanya, pengguna yang tidak membeli akaun pun boleh memuat turun file dengan akaun premium! Server mereka digelar sebagai Rapidleech. Sukar dipercayai tetapi benar! Inilah yang dikatakan oleh sesetengah orang sebagai “kita buat dia”.

Ok. Cukup dengan serba sedikit pengenalan tentang akaun premium. Mari kita straight to the point. Jika salah satu atau semua file yang dimuat naik oleh malaysubs dipadam oleh pihak mediafire, maka anda terpaksa menggunakan mirror yang lain untuk memuat turun file. Sebagai contoh, kita akan menggunakan filem Harry Potter and the Goblet of Fire (2005). Kami akan memilih file Part 3 untuk contoh ini. Pada laman Embedupload, sila klik pada file hosting Wupload:

Klik padaDownload Now” di bawah WU (Wupload). Ia akan membawa anda ke laman web Wupload. Tujuannya di sini adalah untuk mendapatkan download link file tersebut.

Seterusnya, pilih laman Rapidleech yang bersesuaian dari laman premium link generator. Sebagai contoh, Speedonic dipilih untuk generate premium link bagi link Wupload tadi. Seterusnya, di laman Speedonic, sila klik WU (Wupload).

Kemudian masukkan link Wupload yang telah dicopy tadi ke posisi berikut serta ikut arahan seterusnya:

Selesai klik pada “Transload File“, anda akan dibawa ke skrin seperti di bawah:

Ianya akan mengambil masa sedikit. Tetapi amat berbaloi untuk menunggu, sambil-sambil tu bolehlah buat kopi dahulu. Bila dah 100% dipindahkan, maka laman berikut akan muncul.

Gunakan IDM untuk mendapatkan 3 kali ganda kelajuan semasa muat turun. Bagi server Rapidleech yang lain, konsep yang hampir sama digunakan untuk memindahkan file. Cuma kadang-kadang selepas butang “Transload” ditekan, sesetengah server akan mengeluarkan pop-up yang mengandungi iklan. Maka anda perlulah klik dahulu iklan tersebut, barulah proses pemindahan file akan berjalan lancar selepas itu.

Kebiasaanya server-server ini tidak bertahan lama atas pelbagai faktor. Maka anda perlu sentiasa lawati laman premium link generator untuk mendapatkan senarai terkini server-server Rapidleech yang berfungsi dengan baik. Sekian dahulu buat kali ini, selamat mendownload :-)

One Response to “Tutorial – Link Mediafire Kena Delete???”

  1. myhAz says:

    terbaik la tutorial ni .
    mmg banyak laman leech yg non function skrg .
    btw admin . thumbs up for your tutorial .

Leave a Reply